Assalamualakum....

Assalamualakum....

Rabu, 8 Jun 2011

~ Anniversary yang ke-3 ~



6-6-2011 genaplah usia 3tahun perkahwinan aku bersama insan tercinta, syukur pada Allah s.w.t kerana telah memanjangkan lagi jodoh kami berdua... dapat hidup bahagia bersama, alhamdulilah.....

Namun ade sesuatu yang di luar jangkaan yang berlaku pada tahun ni... specialnya adalah, Cek Jay telah membuat 'suprise; dengan mengirim sejambak bunga ke 'ofis' ku... seronok sgt sgt, melompat aku hari tu.... (tolong, jgn bayangkan aku melompat k) huhuhuhu :) apepun terima kasih sgt sgt pada cek jay atas kezutan itu... akan ku kenang, kuingat sampai bila-bila....

Untuk makluman, cek jay bukan jenis lelaki yang romantik... aku tak permah dapat bunga pun darinya... tu yg jadi kejutan pada diri aku.... oklah cukup setakat ni...


Jumaat, 4 Mac 2011

Langkawi Island

todayyyy tetiba teringat dengan pertanyaan sahabat aku, tentang kenapa tak aku ceritakan berkenaan langkawi yang tentunya ramai yg mahu mengetahui apa perkhidmatan yang di tawarkan di bumi bertuah ini...

InsyaAllah akan aku terangkan nanti... apapun dah lewat malam... masa untuk melenakan diri... hehehehe gudnite!!!!!

Isnin, 21 Februari 2011

Rumah Untuk Disewa

Rumah baru untuk di sewa, di Saujana impian, Jln Impian Makmur 4/2 Kajang Selangor. Kemasukan untuk bulan April 2011. Preferably Muslim tenants.

Dekat dengan:-

Sekolah Rendah Saujana Impian 2
Sekolah Rendah Saujana Impian
Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian
Tesco, Giant, Kedai runcit, & Golf Club.
Mudah untuk ke seremban melalui highway LEKAS.

Kemudahan:-
rumah sudah ada grill, lampu, kipas, kabinet kitchen, glass hob & hook, rail curtain.

Sewa Bulanan : RM 1300/-sebulan
Deposit : 2+1 + RM300 (Api & Air)
Sewa Bulanan Tidak Termasuk Bil Api & Air.
Tenancy agreement akan disediakan.

Jumaat, 13 Ogos 2010

~ Anak Buah Kiter ~


Tetiba masa aku tengah edit gambar-gambar anak buah teringat plak nak citer pasal diorang.. untuk pertama kali dalam hidup aku mempunyai 2 anak buah pada tahun yang sama.. sorang tu anak buah belah hubby aku... nama dia Nur Aryssa Dania. Lahir pada bulan februari lepas, Comel sangat, seronok betul Mak Ita (nama glamer) mak mertua aku... Anak buah yang lagi satu, adalah anak buah belah aku plak, namanya Mohammad Shazwan Afiq, dia anak adik no.2 aku... Lahir pada hujung bulan Mei lepas, mak aku mmg seronoklah dapat cucu, nak tunggu cucu dari aku ntah bila la pun tak tau! (sabar jelah)

Khamis, 12 Ogos 2010

Home Sweet Home


Lama dah tak update blog ni.. hahaha lagipun aku jer sorang yang membaca.. takpe untuk kenangan aku jugak.. Alhamdulilah 9/8/2010 hari tu aku dah dapat surat dari pihak pemaju untuk mengambil kunci rumah... hehehe tak sabar plak... Sekarang ni mcm mcm benda dok pusing kat kepala aku... mcm mcm benda nak kena buat untuk rumah aku tu.. dgn grill, lampu, kipas, kitchen kabinet, mcm mcm la.. bak kata mak aku, buat yang penting dulu, ada duit lebih nanti baru top up yang lain.. hmmm betul jugak, lagipun rumah tu belum nak duduk lagi... paling kurang pun aku bagi sewa kat orang.. huhuhu "tak sayang ker" !!!!! hehehehe.. akan ku fikirkan semasaknyer.....

Khamis, 29 April 2010

Hobi terbaru ku...



Assalamualaikum.. kat sini aku nak upload gambar terbaru semasa aktiviti kompang di tempat aku... jgn x cayer aku lah salah seorang daripada group kompang ni... huhuhu best tau bila dapat main kompang ni... mula mula mmg akan rasa sakit tangan tapi lama lama rasa best plak...

Ahad, 18 April 2010

luahan hati

salam... rasanya lama dah updated blog ku ni, atas sebab sebab tertentu yang memang tak dapat dielakkan... maaf yerrrr...

terbaru ni fenomena Facebook melanda negara kita... hehehe kadang ketawa sendiri lak.. game FB, farmville cukup famous sekarang.. dari golongan pelajar, berkerja, suri rumah (macam kawan aku sorang tue) pun aktif dengan tanaman farmvillenya...

huh.. aku nak tgklah smp biler game ni mampu bertahan... :)