Assalamualaikum.. kat sini aku nak upload gambar terbaru semasa aktiviti kompang di tempat aku... jgn x cayer aku lah salah seorang daripada group kompang ni... huhuhu best tau bila dapat main kompang ni... mula mula mmg akan rasa sakit tangan tapi lama lama rasa best plak...
~ Kasih sayangku hanyalah untuk mu, walau apa pun yang terjadi, moga kita kekal selamanya hingga ke akhir hayat ~
Assalamualakum....
Khamis, 29 April 2010
Hobi terbaru ku...
Assalamualaikum.. kat sini aku nak upload gambar terbaru semasa aktiviti kompang di tempat aku... jgn x cayer aku lah salah seorang daripada group kompang ni... huhuhu best tau bila dapat main kompang ni... mula mula mmg akan rasa sakit tangan tapi lama lama rasa best plak...
Ahad, 18 April 2010
luahan hati
salam... rasanya lama dah updated blog ku ni, atas sebab sebab tertentu yang memang tak dapat dielakkan... maaf yerrrr...
terbaru ni fenomena Facebook melanda negara kita... hehehe kadang ketawa sendiri lak.. game FB, farmville cukup famous sekarang.. dari golongan pelajar, berkerja, suri rumah (macam kawan aku sorang tue) pun aktif dengan tanaman farmvillenya...
huh.. aku nak tgklah smp biler game ni mampu bertahan... :)
terbaru ni fenomena Facebook melanda negara kita... hehehe kadang ketawa sendiri lak.. game FB, farmville cukup famous sekarang.. dari golongan pelajar, berkerja, suri rumah (macam kawan aku sorang tue) pun aktif dengan tanaman farmvillenya...
huh.. aku nak tgklah smp biler game ni mampu bertahan... :)
Isnin, 30 November 2009
Ku Cuti 14 Hari....
alhamdulilah... akhirnya aku kembali bertugas setelah hampir 14hari bercuti.. TQ pada suami ku sudi membawa ku jalan jalan makan angin, cuci mata di negeri orang...
negeri yang aku maksudkan adalah Kelantan & Terengganu. Perjalanan jauh aku lalui meninggalkan kesan dalam diri aku... aku bersyukur dikurniakan suami yang sabar, sudi mendengar pandangan ku, dan tidak pernah mengeluh dengan sikap ku....
16/11/09 ~ aku dan suami memulakan perjalanan dari Langkawi ke Kota Bahru. Kami melalui tempoh perjalanan yang agak lama dalam 7jam. Tepat jam 6.30ptg kami selamat sampai di Kota Bahru. setelah menjamu selera di KB Mall kami mencari penginapan...di Temenggong Hotel. Alhamdulilah...
17/11/09 ~ adalah birthday aku yang ke 28thn ... terasa tua plak... namun masih ada lagi impian aku masih belum tercapai... untuk menimang cahaya mata sendiri...
sepanjang hari itu, aku ke rantau panjang... pasar khadijah, pasar buluh baru, dan tak lupe aku bertemu sahabatku "nor azlina kadir" di pengkalan chepa. Last kami berjumpe pada kami form 3 di sekolah dulu... tak sangka dpt jumpe semula setelah sekian lama....di bawah ni adalah gambarnya :-


Malam tu kami bermalam di rumah sahabat suami ku di pasir mas, TQ buat angah & aking.


18/11/09 ~ kami meneruskan perjalanan untuk ke Terengganu...
sebelum itu, kami sempat makan tengah di rumah kawan aku dan suami....
Kak Pah & Cek khafiz... TQ jugak yer...mmmg best masakan Kelantan
Kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu dalam keadaan hujan lebat... perjalanan dalam berhati-hati...Petang itu, sebelum ke Dungun suami sempat membawa ku pusing-pusing ke Kuala Terengganu.. kami bermalam di rumah sahabatku masa form 1 dulu... Niat di hati mmg nak menginap di hotel, tp aku x sampai hati nak kecilkan hati kawan kawan... TQ sesangat buat sahabat ku "Nurzie Nurhafiza" dan suaminya...
mmg best n sporting sgt...
19/11/09 ~ esoknya aku di bawa pusing pusing kuala terengganu... Pasar Payang, Taman Monumen, Muzium, Masjid Kristal, Masjid Terapong, dll. Walaupun dalam keadaan hujan namun aku hepi sgt... TQ Nujie...Di bawah ni plak gambar-gambar ku bersama Nujie & Famili...



Oklah.. nanti sambung lagi yer....
Selasa, 13 Oktober 2009
Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2009
Alhamdulilah selesai sudah sambutan raya peringkat IPD Langkawi petang tadi... aku pulak berpanas dari tengahhari menyambut tetamu yang datang... penat lah jugak tapi aku heppy... tahun ni kami buat jamuan berbeza dari tahun yang sebelumnya, tahun ni majlis di buat pada siang hari... yang best nyer ramai sangat jemputan yang hadir... meriah sgt... (konsep satu Malaysia) semua golongan masyarakat ada... tahun ni jugak... department kitaorang "pengurusan" berpakat buat baju sama... temanya kaler hijau... dah macam kumpulan nasyid pun ada... hehehehe. oklah penat celoteh ni... wassalam.
Ahad, 11 Oktober 2009
Pagi yang Terang......
Pagi ni aku bangun awal dari biasa... almaklumlah, masa ni lah aku terhegeh hegeh nak iron baju nak pasang butang uniform dan dll. Huhuhuhuhu, bukan nyer aku xder masa nak siap semalam, tp mmg dah jadi habit aku macam tu!!! xleh nak ubah dah... yang aku respect kat husband aku ni, walaupun kami bertugas yang sama tapi dia x pernah suruh aku siapkan uniform kerjanya... bukan aku yang xnak tp mmg dia x bagi aku buat...!!! Aku pun masuk ofis hari awal lah jugak 7.45 a.m dah siap sedia di pejabat, tp aku sedih jugak, aku xleh nak kalah kan time bos aku masuk ofis... Tiap hari mesti dia lah "winner". Kerja hari ni plak ok lah, quiet bz tp aku tetap lakukan tugas dengan sebaik mungkin... time mengular tu... kadang kadang "terbuat" lah jugak hehehe. Time ni, kerja aku dah siap dan sepatutnya aku dah start enjin kereta nak balik umah, bukan apa aku dah janji ngan husband aku nak masakkan rendang daging untuk dia... tapi tulah aku xleh nak balik lagi pasal, bos aku ni x balik lagi.....
Isnin, 5 Oktober 2009
AidilFitri 2009


Salam... Huhuhu walaupun syawal makin meninggal kiter,
aku x lupe nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Kat sini jugak ada beberapa keping foto aku masa menyambut raya hari tue...
Alhamdulilah..... ;)
menariknya tahun ni aku buat kali pertama suami ku setelah (4) tahun beraya di tempat kerja dapat bercuti raya
dan tahun ini aku merayakan aidilfitri di rumah keluarga mertua.... (Best tau)!
Selamat Pengantin Baru adik sepupu ku tersayang!
Tanggal 3/10/2009 jam 1725hrs sahlah adik sepupu (Ustazah Rozilawati) menjadi isteri kepada suaminya (En.Muhamad Ashadi).
Majlis berlangsung dengan begitu ceria sekali.... aku juga tumpang bahagia kerana apa yang menarik mereka mengenali antara satu sama lain dari di bangku sekolah rendah lagi...
apa yang aku harapkan dan doakan agar perhubungan suci antara dua hati ini kekal hingga ke akhir hayat... Amin!!!!
Langgan:
Catatan (Atom)