Assalamualakum....

Assalamualakum....

Rabu, 15 Jun 2011

Hi tea !!!!!

Assalamualaikum semua....
hari ni penat sgt... rine ade majlis hi tea kat alor setar, pepaham je lah dari langkawi ke alor setar mmg jauh, nak ke sana kena naik ferry, lebih kurang 1jam 30minit. sampai kat sana aje dah jam 1300hrs... majlis tu jam 1430hrs... apapun syukur sebab selamat sampai dan pulang tadi... rine sampai semula ke langkawi jam 2100hrs....


 



 

Isnin, 13 Jun 2011

HARI INI

hmmmmm korang tau tak... aku ni stress sgt, tension sgt tapi sebenar nya itu semua tak bagus untuk aku.... pasal tenant aku tu la, aduyai.....


hmmmmm sebenarnya aku jugak dlm delima... bukan ape, last month aku ade buat iui... proses untuk dapat baby, aku dah married 3thn dah.... tp sedihnya masih belum dikurniakan cahaya mata.....


korang taukan cahaya mata tu, pengikat kasih sayang suami dan isteri.....


nak dijadikan cerita, sehingga hari ni, aku masih belum dapat ketahui samaada menjadi atau tak usaha kami berdua tu, tp aku dah 'kelewatan' 18hari dari tarikh yg sepatutnya... awal awal lewat adelah buat pregnancy test tapi 'satu line ' jer..... so sampai kehari ni la aku tak check ape pun lagi.....


insyaAllah, kalau ade rezeki ade la.... tapi aku berharap sangat berhasil..... Amin.....


oklah.... nanti sambung lain k.... :)

stress nye aku !!!!

bukan saja aku nak aib kan sesiapa tapi aku just nak luahkan ajer... geram sgt sgt... dengan sikap seseorang yg ambil mudah dan suka ambil kesempatan atas kebaikkan dan kelembutan org lain....

hari ni dah genap hari ke 13hb, namun nak kata penyewa rumah @ "tenant" rumah aku nak x jelaskan sewa bulanan, mmg xde!... awalnye dia bagi bayaran melalui cheque... cheque tu sehingga bulan september ni... tapi thah kenapa, bila hari keesokkan (tarikh checque yg boleh dibank in)hubby aku bgtau yg 'tenant' tu x bagi bank in, dan dia kata akan bayar cash... dan cheque tu akan di bawa ke bulan hadapan. tapi bila aku cek xde pun.... adoi... tambah stress la,sedih la macam ni, padahal aku x pernah nak berkira dengan 'tenant' aku tu...

apa aku nak buat ni... hubby call x angkat, hubby sms pun x reply.... huhuhuhu :(

Rabu, 8 Jun 2011

~ Anniversary yang ke-3 ~



6-6-2011 genaplah usia 3tahun perkahwinan aku bersama insan tercinta, syukur pada Allah s.w.t kerana telah memanjangkan lagi jodoh kami berdua... dapat hidup bahagia bersama, alhamdulilah.....

Namun ade sesuatu yang di luar jangkaan yang berlaku pada tahun ni... specialnya adalah, Cek Jay telah membuat 'suprise; dengan mengirim sejambak bunga ke 'ofis' ku... seronok sgt sgt, melompat aku hari tu.... (tolong, jgn bayangkan aku melompat k) huhuhuhu :) apepun terima kasih sgt sgt pada cek jay atas kezutan itu... akan ku kenang, kuingat sampai bila-bila....

Untuk makluman, cek jay bukan jenis lelaki yang romantik... aku tak permah dapat bunga pun darinya... tu yg jadi kejutan pada diri aku.... oklah cukup setakat ni...


Jumaat, 4 Mac 2011

Langkawi Island

todayyyy tetiba teringat dengan pertanyaan sahabat aku, tentang kenapa tak aku ceritakan berkenaan langkawi yang tentunya ramai yg mahu mengetahui apa perkhidmatan yang di tawarkan di bumi bertuah ini...

InsyaAllah akan aku terangkan nanti... apapun dah lewat malam... masa untuk melenakan diri... hehehehe gudnite!!!!!

Isnin, 21 Februari 2011

Rumah Untuk Disewa

Rumah baru untuk di sewa, di Saujana impian, Jln Impian Makmur 4/2 Kajang Selangor. Kemasukan untuk bulan April 2011. Preferably Muslim tenants.

Dekat dengan:-

Sekolah Rendah Saujana Impian 2
Sekolah Rendah Saujana Impian
Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian
Tesco, Giant, Kedai runcit, & Golf Club.
Mudah untuk ke seremban melalui highway LEKAS.

Kemudahan:-
rumah sudah ada grill, lampu, kipas, kabinet kitchen, glass hob & hook, rail curtain.

Sewa Bulanan : RM 1300/-sebulan
Deposit : 2+1 + RM300 (Api & Air)
Sewa Bulanan Tidak Termasuk Bil Api & Air.
Tenancy agreement akan disediakan.

Jumaat, 13 Ogos 2010

~ Anak Buah Kiter ~


Tetiba masa aku tengah edit gambar-gambar anak buah teringat plak nak citer pasal diorang.. untuk pertama kali dalam hidup aku mempunyai 2 anak buah pada tahun yang sama.. sorang tu anak buah belah hubby aku... nama dia Nur Aryssa Dania. Lahir pada bulan februari lepas, Comel sangat, seronok betul Mak Ita (nama glamer) mak mertua aku... Anak buah yang lagi satu, adalah anak buah belah aku plak, namanya Mohammad Shazwan Afiq, dia anak adik no.2 aku... Lahir pada hujung bulan Mei lepas, mak aku mmg seronoklah dapat cucu, nak tunggu cucu dari aku ntah bila la pun tak tau! (sabar jelah)